Tadi pagi ika log masuk dalam e-mel yahoo ika… haiyh.. ada 1588 peti masuk yang belum dibuka,digodak dan dibaca. Miahahaa.. banyak gilaaa… hee.. tapi bukan itu ika mau cerita. Yah.. ika mau kongsi 1 cerita dari 1 e-mel yang ika dapat. Dari Fototeacher@gmail.com . Ika memang langgan newsletter diorang pun. Jadi setiap aktiviti diorang buat pasti akan sampai ke emel ika. Hmm.. okey.. tadi pagi ika dapat artikel ini dari diorang. Mungkin boleh kongsi. Ye tak?
Hmm.. siapa kenal lelaki di atas ni? Ika pasti ramai photographer yang kenal sangat sangat dengan lelaki hebat diatas ni… beliau adalah tuan Hasnuddin Abu Samah. Siapa? Lets scroll. Haha
Emel berbunyi :
ieka,
Ini ada sebuah artikel terbaru untuk anda:
ARTIKEL: “Sifu Hasnuddin, Otai Fotografi”
Oleh Hasnuddin Abu Samah
Ada beberapa orang baru dalam fotografi yang anggap saya otai (old
timer) yang berpengalaman luas dalam fotografi. Ada di antara
mereka yang panggil saya sifu (guru) yang mempunyai ilmu tinggi
dalam fotografi.
Tapi, hakikatnya, saya bukanlah otai dan saya tidak layak dipanggil
sifu.
Di luar sana, masih ada ramai otai dan sifu sebenar yang kebanyakan
kita tidak mengenali mereka. Mereka tidak berada dalam ‘dunia’ yang
sama dengan kita. Kalau kita mahu ‘melihat’ mereka, kita kena
bersungguh-sungguh mencari mereka. Mereka jarang ada dalam dunia
internet. Mereka juga tidak begitu popular dalam dunia internet.
Walaupun saya telah menceburi bidang fotografi secara profesional
sejak tahun 1996, namun, saya masih belum cukup otai. Bagi saya,
otai sebenar adalah orang yang telah menjadi jurugambar profesional
sejak saya masih belajar tentang aperture dan shutter speed lagi.
Malah ada otai yang sudah mula cari makan dengan fotografi sejak
zaman filem hitam putih!
Walaupun saya kerap mengajar fotografi, tetapi saya rasa, saya
masih belum layak dipanggil sifu. Mungkin, kalau pelajar saya
hendak tunjuk tanda hormat, saya boleh terima panggilan cikgu.
Tapi, bukan sifu. Bagi saya, sifu hanya layak dipanggil kepada
individu yang pakar dalam bidangnya dan berada pada tahap tertinggi
bidang itu pada sesuatu zaman. Kalau saya panjang umur, lagi 30
tahun, mungkin saya boleh dipanggil sifu.
Saya ingin kita semua letakkan benchmark yang tinggi dalam industri
fotografi di Malaysia. Biarlah gelaran sifu diberikan kepada mereka
yang betul-betul layak sahaja. Tidak perlulah bodek sesiapa dengan
memanggil mereka sebagai sifu. Saya percaya, orang yang dibodek itu
pun rasa segan bila dipanggil sifu. Kalau dia rasa bangga dipanggil
sifu, maknanya, dia bukan sifu betul.
Bagi saya, sifu fotografi secara akademiknya adalah individu yang
sekurang-kurangnya memegang ijazah (Master) dalam bidang fotografi.
Dari segi bukan akademik pula, iaitu dalam bidang profesional, bagi
saya, sifu adalah jurugambar yang terlibat secara profesional dalam
bidang fotografi selama lebih dari 20 tahun dengan pencapaian yang
cemerlang.
Oleh Hasnuddin Abu Samah
Dah habis baca? Beliau sebenarnya adalah antara jurugambar hebat yang mengambil gambar perkahwinan,selebriti dan VVIP Haha.. sekarang.. ika faham.. orang kamera memang tidak akan mengaku dirinya otai sehingga dia rasa setiap bidikan kameranya betul betul perfect. Orang kamera juga mustahil akan mengaku yang dirinya otai kerana masih banyak yang dia buta dalam dunia fotografi ini. Orang kamera juga tidak akan sekali kali mengaku dirinya sifu kerana dia tahu sebelum dia.. ada lagi orang yang lebih bagus untuk dipanggil otai. Artikel ni memang menarik la.. ika baca 2-3 kali baru ika dapat dalami apa maksud tuan Hasnuddin Abu Samah itu.

Haiyh takde maknenyer sampai letak dua similar picture disini… edit semata vignetting dengan wording. Humm.. mungkin anda heran. Mungkin anda fikir saya ‘Pe jela letak 2 gambar yang sama ni…’ Haiyhh.. entah.. fikiran celaru macam ni la..
‘Aku mau tangkap wajah itu lelaki tua di lorong Pasar Seni’

Owkey.. lokasi ini adalah di 




yaa smile… she’s holding Olympus

![insert_peoplenaz02[original] insert_peoplenaz02[original]](http://nikonaddicter.files.wordpress.com/2009/04/l_1961e88a77d8453a9c4b583f4bde3d9f.jpg?w=450&h=676)
![insert_peoplenaz03[cinema] insert_peoplenaz03[cinema]](http://nikonaddicter.files.wordpress.com/2009/04/111.jpg?w=450&h=676)
![insert_peoplenaz03[highcross] insert_peoplenaz03[highcross]](http://nikonaddicter.files.wordpress.com/2009/04/1111.jpg?w=450&h=676)
Sudah lama tidak ke Sitiawan. Rindu sana. Wah.. bukan ada sesiapa disana pon. Ada tempat menarik jaa.. kawan ada tanya.. apa ja ada di Sitiawan? Saya senyum dan kata.. ‘Ada life yang menarik untuk ditangkap disana..’







